Tuesday, December 3, 2013

Trip 2Days 1Night: Pulau Pinang

#Salam

Oh yes. Dah semester 5 baru nak terfikir nak pergi trip dengan rakan-rakan seperjuangan, erti kata lain, classmate ku sendiri! Asal perancangan ini bermula setelah lecturer ku berkata sebegini seminggu selepas event kitaorang dah settle, "Korang ni cuba plan trip kemana-mana? Dulu Miss time zaman IPT merayau dengan kawan kawan kelas. Naik ar flight ke, cruise ke". Then kebetulan classmate ku ni orang Penang, kakak dia kahwin time cuti sem tu. Ahah apa lagi terus "Kita pergi Penang nak?".


Nak dipendekkan cerita pada asalnya 9 orang setuju ar dgn trip ni. Siap dah usha flight ticket ni gerak dari KUL-PEN berapa apa semua. Beruntungnya kami that day Air Asia ada buat promotion free seat bayar for tax je. Tarikh 17 November 2013, Ahad harga RM26.00 one pax. Peh lagi murah dari naik bas. Okay set transport nak pergi. For transport nak balik kitaorg bincang bincang why not balik naik KTM? Ala yang ada katil tu. Harga katil bawah RM46.00. Not bad ar selesa habis.  Untuk makluman katil atas murah sikit RM40 tapi kitaorg terlambat beli so yg tggal katil bawah je. Eheh

Trip dirancang dua hari je sebab nak jimat kos. Accomodation lagi nak kena bajet kan. Hahahah. So setelah salah seorang kawanku, Wawa dan Yunus survey tempat ada satu hotel budget yg bolehlah harga dia for one night area Batu Feringghi. Padua Inn, Family room, RM100++ tak silap aku haa tak ingat sebab yang ni Yunus yang settlekan. Kitaorg just bankin kat Yunus je. Okaylah bilik besar kongsi 3-4 orang. Settle ah ni bab transport, accomodation apa semua. 


Hari Sabtu aku dah gerak ke rumah Asma yang duduk Bandar Tun Razak, sebab dah janji nak gerak sama-sama pergi LCCT by bus dari TBS. Harga tiket bas, RM8.00. Cun ah tak payah suruh ibu ayah hantar ke apa ke kan. Eceh berdikari sangat. Nak dijadikan cerita panjang aku dengan Asma dah sampai LCCT pukul 12.30 tengah malam 17hb tu. Lepak lah kami di McD sambil layan movie hasil ihsan wifi LCCT yang laju.
Tapi banyak berborak dari tengok movie lol.


Dah pukul 6.30 pagi, check-in lah kami and duduk kat dalam flight apa semua. Last aku naik flight masa aku darjah 3 weh. Gila cuak hahaha dalam kepala hotak ni fikir lain je. Tak lama pun perjalanan ni. Pukul 7.20 pagi dari KUL then sampai PEN adalah 50 minit kemudian. Get ready lah gula-gula kalau rasa diri tu selalu mabuk naik kenderaan jenis apa pun hahah.

Then.. setelah sampai Yunus dan kawan-kawan penang beliau datang menjemput kami. Ahah cakap loghat utagha lah apa lagi. Maka bermulalah journey kami. Aku hanya bawak RM100 untuk dua hari ni. Haa.

What do i do masa kat penang? Macam mana aku bahagikan duit belanja ku?  Aku makan apa kat penang? Kaedah transportation apa yang aku guna? Ahah wait for part II. Kalau story kat entry terpanjang lebar gila lah pulak so kena bahagi dua. Heheh bye!

p/s: Sedang merancang trip seterusnya. Kali ni dengan ibu dan Elly. Trip ke zaman aku membesar, zaman kanak-kanak yang aku ingat :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum, sy nk minta tolong ckit...klu dari lpangan trbang senai nak ke poli ibrahim sultan bole naik bas ke?

    ReplyDelete