Thursday, December 12, 2013

Trip 2Days 1Night: Pulau Pinang (PART II)

#Salam

 Sambungan kedua #penangroadtrip2013 aku hari itu.
Kawan Yunus haritu yang datang menjemput kami, adalah kawan poli jugak named, Shafiq student JKE. Lagi sorg named Izzani, student UiTM Kedah. Gila cool on first day sembang macam dah kenal setahun! Wooo kaki bahan jugak si Izzani ni ditambah pulak se-kereta dengan Zara dan Asma. Penat gelak dengan depa one whole day!

Time ni dah berbaju kurung nak pergi kenduri kahwin kakak Yunus.
Lepak mamak sat isi perut lapaq gilos
Perjalanan di teruskan ke lokasi keduri di Simpang Ampat Tasek
Berdekatan dengan kilang jeruk yang famous kat Penang tu, Jeruk Pak Ali. Terbaikkkk!

Lauk kenduri. Sedap gila ada sejenis kari pedas tu!
Gambar dengan pengantin ada dalam camera Zara :')
Then setelah bersalam-salaman dengan keluarga Yunus dan pengantin, kami lepak sat kat rumah Yunus for about sejam setengah untuk  mandi, tukar baju solat apa semua. Merentasi pula Penang Bridge, Izzani kata nak bawak member Penang dia sorg sebab dia lagi pakar bab selok belok Penang ni. Okay excited tau kami sepanjang perjalanan dengan bergelak ketawa usik sana usik sini hahahah. #jagahatishamel

Berposing dulu dengan geng kereta lagi satu sementara menanti kawan Izzani muncul.
Muncul lah kawan Izzani tu named, Fara. Awwwh~ memang anak sejati Penang habis dengan loghat utagha beliau. Kagum gila kitaorg ni dengan si Fara ni. Memula malu then haa terus ngam terukkk dengan ketidakbetulan perangai kami sepanjang trip ini. Hehehe. Malam hari pertama lepas check-in apa semua, Izzani (driver of the day) bawak kitaorg pergi pusing-pusing Georgetown then makan malam. Alaaaaa lupa tanya nama tempat apa. Well the food kinda okay okay lah but harga pehhhhhh memang kena bijak pilih makanan weh mahal lah jugak. That night aku makan bihun sup utara. Sedap gak ah kat tekak aku. 
*tak larat habis malam tu sampai lupa amek gambar makanan haha*

Settle kitaorg lepak lepak situ then berangkatlah pulang ke hotel kami. Izzani drop kitaorg kat bahagian paling depan Night Market Batu Ferringhi. So niat nak meng-explore lah ni tapi most kedai dah nak tutup sebab hujan. Hmm takpelah sebab aku tengok macam pasar malam biasa jugak.

Hari kedua. Sebenarnya Izzani cannot jadi tour guide kitaorg for the second day so Fara sendiri offer diri dia nak bawak kitaorg bertiga. Uuuuu terharu gila dahlah baru kenal then Fara ni sudi nak bawak kitaorg. Fara cakap dia pun jenis yang suka travel so dia pun join excited. 

Pukul 8.30 pagi kitaorg bertiga dah siap menanti depan hotel tunggu Fara datang. Start dari sini aktiviti aku, Asma dan Zara berlainan dengan geng kereta lagi satu si Wawa, Rina, Paein & Arlyna. Salah satu sebabnya kitaorg plan nak naik basikal ronda ronda Georgetown street! Ekstrem habis. Cadangan wujud dari idea si Fara sebab dia boleh teman kitaorg sampai pukul 12 tengahari je and jeti dekat dgn area street tu. Okay cun ah tu. Firstly Fara bawa ke, 

Teluk Bahang

Secara tidak langsung Fara jadi kitaorg punya tour guide and
 photographer setengah hari hehe

Then Fara offer bawak kitaorg ke Penang Botani Park/Garden. *lupa nama*
Sesuai untuk jogging pagi pagi, mandi sungai dan berkelah with family :) 

Memang feel habis ah kalau dapat mandi kat sini. Would love to jejak kat sini lagi and mandi!
Haritu kira macam sightseeing je :D
Masa mencemburui kami. Eceh hahahaha. Fara drop kitaorg kat kedai basikal tu lepas dia dah story betapa bestnya explore Penang Art Street, mana nak makan sedap, tunjuk jalan jalan sikit and so on. The best ah Fara as a tour guide! Sewa basikal takdelah mahal mana sebab dia takde limit masa janji pulang balik before kedai tu tutup pukul 12 tengah malam. RM10. Okaylah buat kitaorg bertiga yang excited habis ni 

"fuhyoooo jenjalan Penang naik basikal kau ada?" :D

 Takpayah nak segan berbasikal sebab bersepah tourist lain naik basikal.

Kitaorg tumpang beg baju kat kedai basikal tu. Pakcik tu baik gila dont worry.
Beg tangan disarankan letak kat bakul macam ni. Barulah selamat :)

Tengahari buta berbasikal haus tak payah cerita.
Cuaca panas kat Penang lain sikit sebab its a pulau kan.
Disarankan bawalah air mineral versi botol besar punya.

Pe-poyo berposing

Park basikal kat tepi then melantak lah Nasi Kandar Kapitan Keling dan teh o ais.
Harga: RM18
*sebab aku amek udang, kalau amek ayam je harga dalam RM7++ gitu*
Sedap, very berempah and just nice for lunch.

Antara  wall art yang ditemui.

Air mineral botol kecikku tak membantu hilangkan haus aku pun beli lah aiskrim malaysia ni.
Memang kaut untung habis tauke ni.
Harga: RM1.00 ! Peh
Tapi saat kau tengah haus gila gila seringgit tu ibarat seposen.
Percayalah.

Keep berposing.

and.. more.

Setalah penat berbasikal, kami pun berusaha ni cari cendol famous kat Penang tu.
Dengar cerita Tun Dr. Mahathir pun pernah makan sini.
Sedap lah dah nama pun cendol.
Harga: RM2.10
Lepas makan cendol, ada lah duit lebih kitaorg pun belilah jeruk famous, Jeruk Madu Pak Ali. Then jalan depan sikit jumpa kedai keychain aku pun belilah sebab kengkawan kelas yg tak dpt pergi pesan. Jalan depan lagi jumpa kedai kedai baju. Baik punya tawar menawar kitaorg beli t-shirt dgn harga RM40 dapat 3 helai. Masa berlalu dengan pantas. Dah pukul 6 lebih. Fuh memang time ni tak larat dah. Bergerak lah kami naik ferri balik Butterworth.

Free. Takde kena bayar pape pun.

Konon nak capture Penang Bridge. Hehh hampeh.
fyi, tempat duduk dah penuh maka bersila lah kami di atas ferri tersebut. 

Sementara menanti KTM tiket pukul 10.30 malam
 inilah last dish kat Penang before berangkat pulang ke KL.
Nasi goreng kampung + teh o ais, harga RM5 kot ahhhh tak ingat.
Memang sesuai balik naik KTM selepas penat lelah mengayuh basikal seharian. Belilah tiket ktm yang ada katil tu. Selesa sungguh. Recommended. The end of my #penangroadtrip2013 2days and 1night ini. Terima kasih to Yunus, Shafiq, Izzani, Farah dan a few kenalan Yunus yang terlibat thank you for entertain us. Penang adalah salah satu lokasi yang best bagi backpacker macam kami ni. Great experience! Next trip? Ohooo still on planning :D

...................................................................................................

p/s:
Minggu pertama semester akhir survived! Minggu kedua adalah minggu yang perit sebab ptptn masih sunyi sepi tiada jumlah bertambah dalam akaun bank. Oh krisis apakah ini? Memang hari hari kebulur. Well talk about semester akhir aku secara tidak sukarela telah dipilih menjadi assistant class rep iaitu Haziq. Hahahah sorry to say awal-awal i may be a good setiausaha but not good jadi assistant to the ketua. Whatever pun kami akan cuba melakukan tugas sebaik mungkin :)

Gambar semester 5.
 Siapa sangka this one last sem kita lead kelas kan Haziq?
DUP6B rules!

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Hi Fyfa. Saya kembali. Hahha. Best la berjalan-jalan eh.TQ sebab belanja gambar banyak kat readers kamu ni. haha

    ReplyDelete